Sabtu, 19 Maret 2011

hatiku dihias indah IV

Dengan Nama Allah Ar-Rahman Ar-Raheem

setelah HANYA 2 jam merehatkan diri...

masa untuk mendaki Gabal Musa@Gunung Sinai pun tiba. kami pun bersiap2 bersama 7-8 lapis baju. semua jalan pun dah macam robot dek ketebalan baju masing2 + winter coat + mafla + glove. dimulakan dengan makan malam dan senaman ringan, kami pun bertolak ke base camp sinai. kumpulan dibahagikan dan sessi taklimat berjalan. Aku segroup dengan ukhti Syafiqa (group 8) manakala rakan-rakan lain berada dalam group 9.
kira-kira pukul 1.30am, 14february 2010 bersama-sama torchlight di tangan, aku dan rakan-rakan yang lain memulakan langkah menapak jalan2 berliku, bergaung curam dan cuaca yang sangat sejuk! aku terbayangkan bahawanya, jalan-jalan yang aku lalui ini pernah menjadi saksi yang Musa a.s juga pernah melaluinya. betapa dahulu tiada bekalan torchlight mahupun wintercoat yang boleh menghangatkan badan, hanya berbekal obor, mungkin juga tiada kasut untuk melindungi kaki ketika memanjat curam-curam batu, hanya berteman bintang dan bulan serta perasaan yang sangat berkobar-kobar untuk bertemu kekasihNya, Allah S.W.T.

tetapi, baru 1 jam perjalanan aku sudah lelah. bibir yang berkumat kamit mengucapkan Allahu akbar dan la haula wala quwwata illa billah ini, sudah mula mengeluarkan kata-kata putus asa. kalau bukan kerana keinginan yang memuncak untuk sampai ke destinasi dan perasaan ingin merasai apa yang nabi Musa a.s juga pernah rasai, sudah pasti aku menjadi antara org2 yang berpatah balik. usaha manusia itu berbeza, yang pasti tujuan dan destinasi mereka itu adalah sama iaitu syurga. begitu juga yang aku praktikkan disini. aku meninggalkan groupmateku terutamanya ukhti syafiqa untuk terus maju kedepan. maafkan ana, hanya ini yang mampu ana lakukan. sepanjang perjalanan itu, air mataku bercucuran menghayati kisah Musa dan kaumnya yang ingkar, mengenang keingkaranku kepada Allah dan Rasul suatu ketika dahulu, mengenang kembali perjalanan hidupku sehinggalah saat aku menyusuri jalan berbatu di gunung ini.. mengagumi indahnya ciptaan tuhan, bulan dan bintang, langit dan gunung-ganang. semuanya bertasbih memuji keagungan penciptaNya. sedangkan kita manusia, amat susah untuk bertasbih bertahmid mengingati tuhan yang satu. sungguh angkuh mengharungi kehidupan dunia seolah-olah kita tidak akan kembali kepadaNya. menyesali segala dosa dan maksiat yang aku lakukan sebelum ini. seolah-olah aku mencabar kekuasaan Allah, seolah-olah aku tidak percaya dengan kematian dan Hari Kiamat.

Setibanya di checkpoint 2nd last, aku maju bersama-sama ahli group 2. thanks to musyrif, dan mas amira. jasa antunna aku xkan lupa sampai bila-bila. setibanya di checkpoint terakhir, pendakian semakin berbahaya dengan memanjat tangga-tangga batu yang amat curam dan risiko untuk tergelincir jatuh juga amat tinggi. di checkpont terakhir,aku membiarkan group 2 untuk maju ke depan, supaya aku dapat menunggu ahli group ku yang masih dibelakang. namun, ketakutan diganggu pendaki-pendaki warga asing juga pak-pak arab yang membuka kiosk di checkpoint tersebut keseorangan, mendorong aku memulakan pendakian ku semula, juga seorang diri. di sinilah aku benar-benar dapat menghayati perjalan Musa yang juga keseorangan ketika ingin bermunajat di puncak sinai. juga, aku dapat menilai yang sesungguhnya manusia itu adalah keseorangan. hanya iman dan ketaqwaan yang dapat membina kekuatan dalam diri dalam susah payah mengharungi kehidupan. setelah hampir 31/2 jam pendakian, tibalah aku di puncak, bersama-sama dengan ukhti Asma', mira,zumie dan shuhada yang aku terserempak ketika diakhir-akhir pendakian. agak kelakar ketika seorang musyrif yang mendakwa aku dan ukhti asma' adalah adik beradik. huu~ kami akhawat fillah! lillahi taala. manakala, ukhti syafiqa tiba agak lewat sedikit bersama-sama ahli group 8 yang lain.

-pak2 arab & korean climbers-

tiba diatas, aku dan akhawat lain terus ambil wudhu' untuk soalat subuh.. keinginanku untuk tahajud di puncak nampaknya tidak kesampaian dek ruang yang sempit dan kelewatan tiba juga. selesai solat, kami menikmati permandangan matahari terbit dari puncak Tur Sina itu. MasyaAllah, Maha hebat dan Maha Sempurna ciptaan Tuhan.




aku sedikit terkilan kerana xsempat untuk melihat gunung yang Allah pecahkan tatkala Musa menyatakan hasratnya untuk melihat Allah secara langsung. di puncak gunung, terdapat sebuah biara Nasrani dan sebuah surau kecil. ketika di sana, kelihatan berbagai kaum rata-rata beragama islam,nasrani dan yahudi yang kebanyakanya dari mesir sendiri,malaysia, brazil, turki, korea, jepun, israel dan banyak lagi. aku juga sempat ke tempat munajat Nabi Musa berupa sebuah gua kecil di puncak gunung bersebelahan dengan surau.
sempat juga kami membaca mathurat dan tilawah dicelah-celah gaung. Subhanallah lain rasanya seperti bacaan hari-hari biasa. selesai sessi bergambar dan sedikit pengisian, kami pun bersiap untuk turun. oh ya, ketika kami bergambar, ada seorang warga israel mengibarkan bendera israel disebelah banner kami!! kalau aku ada kekuatan sudahku tolak makhluk itu kebawah gunung! huh~



ketika menuruni gunung, kami singgah di perkampungan Nabi Ilyas a.s. hanya ada tinggalan rumah lama dan sebuah struktur seakan empangan kecil untuk kehidupan masyarakat setempat suatu ketika dahulu. mataku cuba membayangkan dahulu Ilyas a.s juga pernah berjalan-jalan disini, berdakwah menyeru penduduk perkampungan itu.aku kurang tahu perihal Ilyas dan kaumnya, hanya dapat berkongsi 1 ayat yang aku jumpa di saat aku ingin mentadabbur suasana sekitar kampung ini.

"Maka apakah mereka tidak mengadakan perjalanan di bumi, lalu mereka memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang sebelum mereka. mereka itu lebih banyak dan lebih hebat kekuatanya serta (lebih banyak) peninggalan-peninggalan peradabanya di bumi, maka apa yang mereka usahakan itu tidak dapat menolong mereka" (Ghafir:82)

hampir 15 minit disitu kami teruskan perjalanan turun. dari atas sudah kelihatan biara st.catherin nun jauh terletak dikaki bukit. dalam hati berkata insyaAllah 20 minit lagi sampai.. 20 minit berlalu, hati berkata 10 minit lagi sampai....akhirnya perjalanan turun mengambil masa hampir 2 jam! nampak dekat dari ats, tapi ternyata hanya ilusi optik dan otak yang mungkin sudah kepenatan. kasihan ukhti mira, yang baru aku ketahui beliau gayat dgn tempat tinggi rupanya. mana tak nya, perjalanan dihiasi gaung dan jalan berbatu, dan sangat curam juga. beberapa peserta ada yang tergelincir. aku juga termasuk antara org yang tergelincir itu.. Kus semangat! bagai hilang jiwa ku ketika terbayangkan kemungkinan aku jatuh kedalam gaung tatkala tergelincir ketika itu.



kenangan menuruni sinai pasti menggamit memori aku,ukhti mira dan ukhti zumi sepanjang hidup kami. huuu~ hanya kami bertiga sahaja yang benar-benar memahami keadaan sewaktu itu. saat teringat, pasti cetusan ketawa terkeluar dari bibir kami. biarlah ia menjadi kenangan abadi milik kami bertiga sahaja.

oh ya! tentang st.catherine, beliau dikatakan pengikut setia Nabi Musa a.s,sering bersama-sama baginda bermunajat dipuncak gunung. pihak christian mengakui bahawa st. catherine adalah seorang sister mereka lalu dibinakan sebuah biara dikaki gunung sinai. dikatakan ada sebuah pohon yang tergantung/terapung di tengah-tengah biara, wallhu'alam, dek kerana kecapekan aku hanya mengintainya dari luar. juga kerana jika ingin masuk, akan dikenakan bayaran.



sampai di base camp, kami terus menaiki bas dan pulang ke hotel penginapan. tiada apa difikiran melainkan untuk merehatkan badan yang seharian dipaksa berkerja keras. masing-masing berjalan sudah macam nenek-nenek. sakit kaki! terasa keras seperti besi kaki-kaki kami. tahap kelajuan menaiki tangga hotel sangatlah perlahan kira-kira 0.5km/h. hehe~

alhamdulillah, sempurna juga impianku untuk menawan gunung sinai yang taklah tinggi mana pun nak di bandingkan dengan pendakian gunung kinabalu dan everest! namun, berjayanya aku memanjat gunung sinai adalah perkara kedua terhebat yang berlaku dalam hidupku buat masa ini selepas hebatnya TARBIYYAH yang berjaya merubah hidupku. sudah tentu tanpa tarbiyyah, aku mungkin sahaja memandang sinai tanpa rasa, tanpa dapat menghayati setiap mesej yang Allah sampaikan dalam setiap ciptaanNya, tanpa dapat bersama-sama merasai susah payah nabi-nabi menyampaikan risalah Allah. pasti aku hanya mendapat keseronakan dan enjoy tanpa ada pahala mengiringi. syukran lillah diatas segala nikmat yang Kau kurniakan padaku. Sungguh, aku sudah jumpa hatiku yang hilang disini. kelelahan dan kejemuanku dalam bekerja sudah ku temui penawarnya disini. kerasnya batu gunung sinai, sehingga mampu membuatkan kaki-kaki kami sakit dan sengal-sengal, namun dalam Quran menyatakan, hati manusia itu keras, malah lebih keras dari batu. batu sendiri mampu terhakis oleh angin dan air, membentuk canyon, stalagtit dan stalagmit. tetapi hati manusia jika keras, Allah ibaratkan lebih keras dari batu~ subhanallah!

"kemudian, setelah itu hatimu menjadi keras, sehingga (hatimu) seperti batu, bahkan lebih keras dari itu. padahal dari batu-batu itu pasti ada sungai-sungai yang (airnya) memancar daripadanya. Ada pula yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya. dan ada pula yang meluncur jatuh kerana takut pada Allah. dan Allah tidaklah lengah terhadap apa yang kamu kerjakan." (Al-Baqarah:74)

Setiap yang Allah ciptakan dan setiap apa yang berlaku di muka bumi ini, in the past, present or future, semuanya terkandung pengajaran dan iktibar yang mampu menguatkan semangat dan keimanan seseorang, andai seseorang itu melihat dengan mata hatinya. Allah tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia. setiap suatu itu pasti ada function dan tugasnya masing-masing, tidak kiralah ia sesuatu yang bernyawa atau tidak.

"(yaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi, (seraya berkata), "Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia; Mahasuci Engkau lindungilah kami dari azab neraka" (Ali-Imran: 191)

wallhu'alam

Tidak ada komentar:

Posting Komentar